Friday, 6 July 2012

Sejarah SMKATAHAP

SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG atau lebih dikenali dengan nama SMKA TAHAP. Terletak kira-kira 5km dari Bandar Jerantut. Sekolah ini mula dibuka pada 8 Januari 1984 dengan nama SEKOLAH MENENGAH AGAMA PAHANG. 
Pada mulanya sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Jerantut dengan pelajar seramai 120 orang. Guru perintis sekolah ini ialah seramai 11 orang. Tuan Haji Mansor Bin Haji Abdul Kadir merupakan pengetua yang pertama. Pada tahun 2009, SMKA TAHAP telah menyambut Sambutan Jubli Perak semperna ulangtahun yang ke -25 sekolah ini.
Awal tahun 1988, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru iaitu yang sedia ada kini. DYMM Sultan pahang, Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan merasmikan sekolah ini pada 27 September 1988.
Nama sekolah telah bertukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang semperna nama Al-Marhumah Tengku Ampuan Hajjah Afzan bt Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku Mahmud.
Bermula pada tahun 1998, SMKA TAHAP telah menjadi Sekolah Bestari Rintis iaitu Projek Mega Kerajaan dalam merealisasikan MSC dan membudayakan ICT dan kini telah menjadi Sekolah Bestari Perdana sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment

MISI SEKOLAH
" Menjana pendidikan seimbang kepada semua murid melalui pendekatan bestari, bagi melahirkan insan berkualiti dan bertaqwa "

VISI SEKOLAH
" SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP) menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2013 "

MOTO SEKOLAH
" Baca Amal Hayati "

ETOS SEKOLAH
Semangat kekeluargaan dan kasih sayang berteraskan iman dan amal soleh